Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, December 29, 2009

Sistem Parking


Mulai 1 Januari 2010, peraturan sistem parking di RPKI akan dikuatkuasakan kepada semua penduduk / penyewa. Di dalam peraturan tersebut, setiap rumah akan diperuntukkan 1 lot parking khas di dalam kawasan RPKI. Nombor dan kedudukan lot parking adalah seperti gambar di atas yang telah disusun berdasarkan kedudukan rumah masing-masing. Hebahan mengenai peraturan ini telah dibuat bermula pada pertengahan bulan Disember yang lalu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK JMB RPKI.

Sekian, harap maklum.

(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar).

Monday, December 28, 2009

Pertukaran AJK JMB

Mesyuarat pertama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian pada 12 Disember 2009 telah meluluskan pertukaran beberapa orang ahli JMB RPKI yang telah melepaskan jawatan kerana komitmen masing-masing. Senarai pertukaran tersebut adalah seperti berikut:

Ahli yang menarik diri:
1) Yap Poi Sei (c-3-23)
2) Chen Tian Loy (c-2-07)
3) Mohd Talhah bin Jumali (c-3-02)

Ahli baru:
1) Cheong Yoon Fatt (c-2-22A)
2) Azami bin Abd Aziz (c-1-02A)
3) Razali bin Abu Hassan (c-3-11)
4) Azmal bin Abdul Rahman (c-1-20)

Sekian, harap maklum.

Wednesday, December 23, 2009

Penggunaan Stiker Kenderaan Mulai 1 Januari 2010

Dimaklumkan bahawa, mulai 1 Januari 2010 hanya kenderaan yang mempunyai stiker (gambar) sahaja dibenarkan masuk ke kawasan RPKI. Kenderaan samada kereta atau motorsikal yang tidak mempunyai stiker adalah dilarang memasuki kawasan RPKI dan pemeriksaan akan dilakukan di pos pengawal di pintu masuk.

Pelawat yang ingin memasuki RPKI perlu mendaftarkan diri di pos pengawal untuk mendapatkan parking khas pelawat yang disediakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK JMB RPKI atau emel kepada jmb_rpki@yahoo.com.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, December 22, 2009

Mesyuarat Pemilihan JMB

Mesyuarat diantara Pemaju iaitu Trans Loyal Development Sdn Bhd dan penduduk RPKI telah diadakan pada 21 November 2009 (Sabtu) jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna RPKI bertujuan untuk memilih jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian. Senarai ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:

PENGERUSI: Mohd Faisal bin Abdul Shakor (c-3-16)

NAIB PENGERUSI: Mohd Kasim bin Mohd Yusof (c-1-02)

SETIAUSAHA: Asima binti Mohammed (c-2-20)

BENDAHARI: Zairina binti Osman (c-5-08)

AJK:
1) Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-2A)
2) Yap Poi Sei (c-3-23)
3) Mohd Ridzwan bin Misran (c-5-22)
4) Ahmadee bin Mohamed Drabi (c-3-10)
5) Mohd Hafiz bin Ma'ani (c-4-10)
6) Muhammad Masrizal bin Saad (c-1-28)
7) Chen Tian Loy (c-2-07)
8) Mohd Talhah bin Jumali (c-3-02)

WAKIL PEMAJU: Karrol Tong

Monday, December 21, 2009

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin & Tahlil

Program pertama anjuran Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian iaitu Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin & Tahlil telah diadakan pada 16 Disember 2009 (Rabu) jam 7.00 malam di Ground Floor RPKI. Majlis ini diadakan bagi memberkati RPKI yang mula diduduki sekitar bulan September 2009.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam dimulai dengan solat maghrib dan solat hajat berjemaah yang diimamkan oleh al-fadhil ustaz Khairul Hafiz al-Hafiz (AJK JMB RPKI). Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh pengerusi JMB RPKI iaitu ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor. Selepas itu, majlis suai kenal antara penghuni dan AJK JMB RPKI telah diadakan seterusnya sesi soal jawab ringkas berkenaan perancangan JMB RPKI dan masalah-masalah yang berlaku.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang telah disumbangkan oleh penghuni-penghuni RPKI. Macam-macam ada seperti roti canai, bihun goreng, karipap, kebab dan macam-macam lagi. Maka, amat rugilah sesiapa yang tidak menghadirkan diri pada malam tersebut.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa program dijalankan.

Saudara Bob @ Kasim, Naib Pengerusi JMB RPKI (baju merah) bersama al-fadhil ustaz Khairul Hafiz al-Hafiz

Para hadirin yang khusu' mendengar ucapan dari pengerusi JMB RPKI

Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor, pengerusi JMB RPKI sedang memberikan ucapan
Related Posts with Thumbnails