Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Friday, December 3, 2010

Jawatankuasa JMB Rumah Pangsa Kajang Impian Sesi 2010/2011

Seramai 12 orang termasuk seorang wakil dari pemaju telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian bagi sesi 2010/2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan JMB Kali Pertama pada 27 November 2010 (Sabtu). Senarai ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:

PENGERUSI:
Mohd Faisal bin Abdul Shakor (c-3-16)

NAIB PENGERUSI:
Mohd Kasim bin Mohd Yusof (c-1-02)

SETIAUSAHA:
Mohd Ridzwan bin Misran (c-5-22)

BENDAHARI:
Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-2A)

AJK:
1) Azmal bin Abdul Rahman (c-1-20)
2) Mohd Fadzli bin Manshor (c-2-02)
3) Saiful Nizam bin Sahaludin (c-3-12A)
4) Mohd Helmi bin Kamarudin (c-5-02)
5) Mohd Hafiz bin Ma'ani (c-4-10)
6) Roslan bin Jamhari (c-5-16)
7) Mohd Fareeq bin Razali (c-5-25)

WAKIL PEMAJU:
Karrol Tong

Mesyuarat Agung














Mesyuarat Agung Tahunan JMB Rumah Pangsa Kajang Impian Kali Pertama telah berjaya dilaksanakan pada 27 November 2010 (Sabtu) di Dewan Serbaguna RPKI. Majlis yang dihadiri kira-kira 40 orang pemilik / wakil rumah telah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shafie Ngah, Ahli Majlis MPKj (Majlis Perbandaran Kajang).

Setelah majlis perasmian dan jamuan ringan, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin telah dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti oleh setiausaha JMB, Encik Mohammad Faidz bin Arifin. Kemudiannya, Encik Mustaffa Kamal bin Ismail selaku Bendahari telah membentangkan laporan kewangan.

Agenda berikutnya adalah pembubaran JMB sesi 2009/2010 dan pelantikan JMB sesi 2010/2011. Pemilihan yang diuruskan oleh Encik Austin, wakil dari pemaju telah berjalan dengan lancar. Seramai 12 orang telah dilantik menganggotai jawatankuasa JMB termasuk seorang wakil pemaju yang mana 6 orang adalah ahli lama yang dipilih semula dan selebihnya adalah muka baru.

Mesyuarat diakhiri kira-kiraj jam 1.30 petang dengan ucapan oleh Pengerusi JMB yang baru dilantik iaitu Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor yang telah dipilih sekali lagi menerajui kepimpinan JMB. Tahniah diucapkan.

Monday, November 15, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian bagi Kali Yang Pertama akan diadakan seperti butir-butir di bawah:

Tarikh : 27 November 2010
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Rumah Pangsa Kajang Impian

Sehubungan itu, kehadiran pemilik rumah atau wakil adalah diwajibkan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pembeli RPKI. Kehadiran dan penglibatan secara keseluruhan pemilik rumah atau wakil adalah amat penting bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

Agenda 1 : Perutusan Pengerusi
Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Penubuhan
Agenda 3 : Pembentangan Laporan
Agenda 4 : Usul dan Cadangan (Jika ada)
Agenda 5 : Pembubaran dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa JMB
Agenda 6 : Hal-hal Lain

Sekian, terima kasih.


Salam Eidul Adha


Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin muslimat khususnya buat warga Rumah Pangsa Kajang Impian. TaqabbalLahu minkum...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Sunday, October 24, 2010

HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor Pada 31 Oktober 2010


HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri SelangorPada 31 Oktober 2010

Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang (datanglah beramai-ramai...)
Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

1.) Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2.) Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3.) Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010
sumber dari:-

Thursday, October 21, 2010

Gotong Royong Membuat Line Court Badminton

Pada 17 Oktober 2010 (Sabtu) yang lalu, pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengadakan program gotong-royong bersama penduduk bagi menyiapkan kerja-kerja akhir pembinaan court badminton RPKI.







Wednesday, October 6, 2010

Kejayaan Kempen

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Kempen Minggu Bayar ‘Maintenance Fee’ pada 27 September hingga 3 Oktober 2010 yang lalu. Alhamdulillah, pihak JMB telah berjaya mengurangkan peratus tunggakan bagi bayaran maintenance fee, cukai tanah dan insuran bangunan sehingga bulan Ogos kepada 11% iaitu bersamaan RM9,770.00.

Daripada 150 unit rumah di RPKI, sebanyak 21 buah rumah atau 14% masih belum menjelaskan bayaran insuran bangunan sebanyak RM70.00 setahun dan 8 buah rumah atau 5% masih belum membayar cukai tanah sebanyak RM7.00 setahun. Semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk dari Illahi untuk menjelaskan hutang-hutang mereka.

Pihak JMB juga telah berjaya menjelaskan tunggakan bayaran insuran bangunan sebanyak RM5,000++ kepada pihak insuran bagi tuntutan kerosakan 2 buah lif di RPKI. InsyaAllah, jika tiada masalah, lif kita akan diperbaiki dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Monday, September 27, 2010

Kempen Minggu Bayar 'Maintenance Fee'



Pihak JMB akan mengadakan Kempen Minggu Bayar 'Maintenance Fee' bermula 27 September 2010 hingga 03 Oktober 2010 bertujuan untuk mengutip semaksima mungkin bayaran Maintenance Fee dan Insuran Bangunan yg tertunggak bagi menampung bayaran membaiki 2 buah lif yg rosak yang melibatkan kos sebanyak RM20,100.

Pelbagai program telah diatur sepanjang kempen tersebut antaranya ialah program ziarah ke rumah pembayar ingkar termasuk yang tidak membayar bayaran insuran bangunan dan renovation rumah. Semua ahli JMB RPKI akan turut serta dalam program tersebut yang diatur untuk bertanya khabar sempena bulan Syawal ini dan cuba menyelesaikan masalah yg menjadi punca kelewatan bayaran berkenaan.

Selain itu, kaedah potongan bayaran sewa rumah juga turut diperkenalkan kepada penyewa yang tuan rumahnya merupakan pembayar ingkar. Di dalam kaedah ini, penyewa dikehendaki membayarkan tunggakan tuan rumahnya melalui potongan sebahagian dari jumlah bayaran sewa rumah kepada pihak JMB dan selebihnya baru diserahkan kepada tuan rumah.

Bagi memudahkan pembayaran, pejabat pengurusan akan dibuka selama 7 hari seminggu termasuk hari Ahad sepanjang minggu tersebut. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pejabat akan dibuka bermula jam 9.00 pagi-6.00 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad dibuka jam 9.00 pagi-1.00 petang.

Hadiah Misteri akan diberikan kepada pembayar yang melunaskan semua bayaran sehingga bulan Disember 2010.

Selepas berakhirnya kempen ini pada 3 Oktober 2010, pihak JMB akan mempamerkan maklumat pembayar yang ingkar di Papan Kenyataan RPKI dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thursday, September 16, 2010

Salam Eidul Fitri

Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh warga RPKI yang beragama Islam. Mohon kemaafan Zahir & Batin di atas segala kesilapan sepanjang kami menguruskan pentadbiran RPKI.

Tuesday, August 17, 2010

Thursday, August 12, 2010

Selamat Datang Ramadhan


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) ingin mengucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh kaum muslimin khususnya penduduk RPKI..

Bersempena dengan kemustajaban doa pada bulan ini, marilah kita memanjatkan doa kepada Illahi agar sentiasa diampunkan dosa, diberikan bimbingan taufiq, keikhlasan dan pendirian yang diredhaiNya. Dijauhkan dari sifat-sifat yang dimurkaiNya dan jiwa yang tamakkan dunia. Diberikan kekhusyukan dan jiwa yang sentiasa tunduk kepada kebesaranNya..

Salam Ramadhan 1431H

Tuesday, July 27, 2010

Kejadian Yang Menggemparkan


Pada hari Selasa 27 Julai 2010, penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) telah digemparkan dengan satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Dalam kejadian itu, sebahagian lantai Ground Floor RPKI telah retak dan dibanjiri dengan limpahan air.

Kejadian mula disedari kira-kira pukul 5.00 pagi oleh seorang penduduk yang baru pulang dari kerja. Beliau terus menghubungi AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Pihak JMB telah bertindak segera dengan menutup paip utama dan menghubungi pihak berkuasa serta mengejutkan semua penduduk yang sedang tidur sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak polis telah tiba beberapa minit kemudian diikuti pihak SYABAS, bomba dan wakil pemaju.

Setelah diperiksa, punca kejadian adalah disebabkan oleh kebocoran paip air bawah tanah yang telah mengakibatkan tekanan air yang kuat sehingga memecahkan sebahagian lantai Ground Floor di atasnya. Pihak pemaju telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kerosokan pada hari itu juga.

Ustaz Khairul Hafiz menunjukkan antara kesan kejadian

Tempat keluar limpahan air dari bawah tanah

Keretakan pada tiang 1

Keretakan pada tiang 2

Keretakan pada tiang 3

Penduduk berkumpul beramai-ramai

Kereta bomba

Saudara Bob menerangkan sesuatu kepada pihak bomba

Saudara Bob berbincang dengan pihak pemaju

Lantai yang retak berhampiran tiang

Retak yang jelas kelihatan





Ustaz Khairul Hafiz memberi arahan kepada penduduk

Kontraktor sedang membaiki kerosakan

Membaiki paip yang bocor

Keretakan yang telah ditampal

Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Sempena Isra' Mikraj

- PROGRAM IMARAH RUMAH ALLAH (JOM GI SURAU) -

CERAMAH SEMPENA ISRA' MIKRAJ

Tarikh: 22 Julai 2010 (Khamis)
(bersamaan 10 Syaaban 1431 H)

Masa: 7.30 Malam

Tempat: Surau An-Najah, Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI)

Penceramah: Ustaz Hj Hosni Mubarak bin Abd Hamid Al-Hafiz
(Pensyarah JAIS di Akademi Tahfiz Al-Quran Sains Teknologi Klang, Selangor)

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Tuesday, July 20, 2010

Gotong Royong Membina Court Badminton

Bergambar bersama YB Dr. Shafie Abu Bakar

YB turut serta membancuh simen

Ketua Projek, Ustaz Khairul Hafiz menerangkan perancangan kerja-kerja pembinaan court badminton sambil diperhatikan Pengerusi JMB, Ustaz Faisal (bertopi)

Pada 17 dan 18 Julai 2010 yang lalu, telah diadakan Gotong Royong Perdana dikalangan penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) bagi membina sebuah court badminton di RPKI. Program yang diketuai oleh Biro Ekonomi JMB, Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin itu telah dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Beliau merupakan penyumbang utama pembinaan court tersebut dengan sumbangan bernilai RM3,000.00.

Pada hari pertama, seramai lebih kurang 25 orang termasuk wanita telah turut serta dibantu oleh 3 orang pekerja dari Indonesia yang diketuai oleh Wak. Kaum lelaki telah bertungkus lumus membancuh simen manakala kaum wanita membantu bagi menyediakan makanan tengah hari. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

Pada hari kedua, kerja-kerja dibuat oleh sepenuhnya oleh penduduk RPKI apabila 3 orang pekerja yang diupah mempunyai urusan lain. Kerja-kerja tidak dapat disiapkan pada hari tersebut dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari kerana hujan telah turun.

Kerja-kerja berkenaan akan disiapkan oleh Wak dan rakan-rakannya pada hari lain. Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung.














Related Posts with Thumbnails