Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Ramah Mesra Dan Jalinan Kasih


Pada 10 April 2010 (Sabtu), telah diadakan Majlis Ramah Mesra Dan Jalinan Kasih di Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI). Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI dan Jawatankuasa Surau An-Najah RPKI bertujuan untuk mengikat jalinan silatur rahim di antara semua penduduk RPKI.

Program yang dirancang secara sederhana pada mulanya ini telah bertukar menjadi meriah setelah menerima kehadiran YB Dr. Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi ke majlis tersebut serta mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian. Penduduk RPKI terasa terharu akan kehadiran beliau buat julung kalinya ke Rumah Pangsa Kajang Impian yang baru didiami pada penghujung tahun 2009.

Program bermula dengan aktiviti gotong royong menyediakan bahan-bahan BBQ pada pukul 12.30 tengah hari. Antara aktiviti pada petang tersebut ialah penyediaan bahan-bahan untuk memerap ayam dengan menggunakan resipi spesial abang Faidz dan juga membuat peralatan membakar ayam. Aktiviti gotong-royong tamat lebih kurang pukul 6.30 petang.

Acara disambung selepas solat Isya' dengan aktiviti membakar ayam, kerang, daging lembu, hot dog, daging burger dan tidak ketinggalan daging kambing yang disponsor oleh Wak Lan. Pada pukul 10.00 malam, program bertambah meriah dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YB Dr. Shafie bin Abu Bakar beserta PA beliau dan seorang wakil dari akhbar Sinar Harian.

Majlis yang dipengerusikan Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin telah menjemput Ustaz Faisal bin Abdul Shakor, Pengerusi JMB dan Haji Mahayuddin bin Salleh, Pengerusi Surau An-Najah untuk memberikan ucapan aluan. Selepas itu, YB Dr. Shafie telah dijemput untuk menyampaikan amanat serta pesanan kepada para hadirin seterusnya merasmikan majlis.

Pada malam tersebut, penduduk RPKI telah mendapat berita gembira apabila YB sudi memberi sumbangan bagi membina tapak gelanggang Badminton di RPKI. Semoga banyak aktiviti berfaedah dapat dilaksanakan dengan pembinaan tapak gelanggang tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung.











Aktiviti gotong Royong:




Kunjungan Ke Masjid Al-Hasanah, BB Bangi

Pada 2 April 2010 (Jumaat), rombongan Jawatankuasa Surau An-Najah, Rumah Pangsa Kajang Impian seramai 4 orang yang diketuai oleh Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin telah berkunjung ke Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tujuan kunjungan adalah untuk menjalinkan ukhuwah antara Jawatankuasa Surau An-Najah yang baru dibentuk dan Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah yang menaungi pentadbiran surau-surau dikawasannya termasuk kawasan Taman Kajang Impian.

Perbincangan dimulakan selepas solat isya' dan wakil dari Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah ialah Nazir dan Imam masjid tersebut. Banyak pengalaman dan buah fikiran yang dapat dikongsi bersama bagi memantapkan pentadbiran masing-masing.

Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus berpanjangan.

Pelantikan Pegawai Surau An-Najah

Pada 1 April 2010 (Khamis), beberapa orang pegawai surau telah dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Surau RPKI Kali Yang Pertama Bagi Tahun 2010 (Bil. 01/2010). Senarai pegawai yang dilantik adalah seperti berikut:

IMAM
Imam 1: Mohd Faisal bin Abd Shakor
Imam 2: Khairul Hafiz bin Solihin
Imam 3: Roslan bin Jamhari
Imam 4: Haji Mahayuddin bin Salleh
Imam 5: Mohd Ridzwan bin Misran

BILAL
Bilal 1: Mohd Fadzli
Bilal 2: Mohd Kasim bin Mohd Yusof
Bilal 3: Mohd Ibrahim

SIAK
Siak 1: Hafiezul Rashid bin Ali
Siak 2: Razali bin Abu Hassan

Dalam mesyuarat itu juga, telah dilantik empat (4) orang ahli jawatankuasa baru bagi menambah bilangan jawatankuasa yang ada. Mereka adalah seperti berikut:

1) Mustaffa Kamal bin Ismail
2) Hafiezul Rashid bin Ali
3) Mohd Fadzli
4) Maryani

Thursday, April 1, 2010

SURAU AN-NAJAH: Nama Surau RPKI

Dimaklumkan bahawa surau RPKI dengan rasminya telah diberi nama pada mesyuarat Jawatankuasa Surau RPKI Kali Yang Pertama Bagi Tahun 2010 (Bil. 01/2010) pada 1 April 2010 (Khamis).

Nama yang dipilih oleh Jawatankuasa Surau ialah SURAU AN-NAJAH yang bermaksud KEJAYAAN.

Semoga semua penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.. AMIINNNN...

Gotong Royong

Pada 28 Mac 2010 (Ahad) telah diadakan program Gotong Royong dikalangan penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan penduduk RPKI serta menjaga keindahan dan keceriaan RPKI yang kita cintai.







Cukai Tanah - Lot RPKI

Makluman kepada penduduk RPKI berkenaan cukai tanah RM7.00 setahun bagi satu (1) unit rumah.

Pada tahun 2010, cukai tanah tahunan yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah Hulu Langat adalah sebanyak RM971.00 setahun bagi lot Rumah Pangsa Kajang Impian. Maka, jumlah tersebut dibahagi kepada 150 unit rumah RPKI bersamaan RM7.00 setiap unit rumah di RPKI.

Sila jelaskan pembayaran di Pejabat Pengurusan sebelum 25 Mac 2010 untuk mengelakkan denda lewat.

Sekian, harap maklum.

Cukai Taksiran / Pintu (MPKj)

Dimaklumkan bahawa Surat Penyata Cukai Taksiran / Pintu tahunan bagi tahun 2010 telah diedarkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Pemilik rumah boleh berurusan di ibu pejabat MPKj bertempat di Menara MPKj, Kajang atau cawangan MPKj bertempat di Hentian Kajang, Kajang.

Sekian, harap maklum.

Pelantikan Jawatankuasa Surau

Pada 6 Mac 2010 (Sabtu) jam 9.30 malam (selepas program sambutan Maulidur Rasul) bertempat di Dewan Serbaguna RPKI telah diadakan mesyuarat pemilihan untuk memilih jawatankuasa Surau Rumah Pangsa Kajang Impian bagi tahun 2010-2012. Senarai ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:

PENGERUSI: Haji Mahayuddin bin Salleh (c-2-12A)

NAIB PENGERUSI: Mohd Faisal bin Abd Shakor (c-3-16)

SETIAUSAHA: Roslan bin Jamhari (c-5-16)

BENDAHARI: Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-02A)

AJK:
1) Mohd Ridzwan bin Misran (c-5-22)
2) Azmal bin Abd Rahman (c-1-20)
3) Mohammad Faidz bin Arifin (c-3-27)
4) Ahmad Fadhli bin Md Shahid (c-4-11)
5) Razali bin Abu Hassan (c-3-11)
6) Yusniza binti Mohd Yusof (c-3-27)

WAKIL PEMUDA: Mohd Hafiz bin Ma'ani (c-4-10)

WAKIL WANITA: Hindon binti Haji Mokhtar (c-5-16)

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
1) Mohd Kasim bin Mohd Yusof (c-1-02)
2) Azami bin Abd Aziz (c-1-02A)
Related Posts with Thumbnails