Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, July 27, 2010

Kejadian Yang Menggemparkan


Pada hari Selasa 27 Julai 2010, penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) telah digemparkan dengan satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Dalam kejadian itu, sebahagian lantai Ground Floor RPKI telah retak dan dibanjiri dengan limpahan air.

Kejadian mula disedari kira-kira pukul 5.00 pagi oleh seorang penduduk yang baru pulang dari kerja. Beliau terus menghubungi AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Pihak JMB telah bertindak segera dengan menutup paip utama dan menghubungi pihak berkuasa serta mengejutkan semua penduduk yang sedang tidur sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak polis telah tiba beberapa minit kemudian diikuti pihak SYABAS, bomba dan wakil pemaju.

Setelah diperiksa, punca kejadian adalah disebabkan oleh kebocoran paip air bawah tanah yang telah mengakibatkan tekanan air yang kuat sehingga memecahkan sebahagian lantai Ground Floor di atasnya. Pihak pemaju telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kerosokan pada hari itu juga.

Ustaz Khairul Hafiz menunjukkan antara kesan kejadian

Tempat keluar limpahan air dari bawah tanah

Keretakan pada tiang 1

Keretakan pada tiang 2

Keretakan pada tiang 3

Penduduk berkumpul beramai-ramai

Kereta bomba

Saudara Bob menerangkan sesuatu kepada pihak bomba

Saudara Bob berbincang dengan pihak pemaju

Lantai yang retak berhampiran tiang

Retak yang jelas kelihatan





Ustaz Khairul Hafiz memberi arahan kepada penduduk

Kontraktor sedang membaiki kerosakan

Membaiki paip yang bocor

Keretakan yang telah ditampal

Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Sempena Isra' Mikraj

- PROGRAM IMARAH RUMAH ALLAH (JOM GI SURAU) -

CERAMAH SEMPENA ISRA' MIKRAJ

Tarikh: 22 Julai 2010 (Khamis)
(bersamaan 10 Syaaban 1431 H)

Masa: 7.30 Malam

Tempat: Surau An-Najah, Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI)

Penceramah: Ustaz Hj Hosni Mubarak bin Abd Hamid Al-Hafiz
(Pensyarah JAIS di Akademi Tahfiz Al-Quran Sains Teknologi Klang, Selangor)

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Tuesday, July 20, 2010

Gotong Royong Membina Court Badminton

Bergambar bersama YB Dr. Shafie Abu Bakar

YB turut serta membancuh simen

Ketua Projek, Ustaz Khairul Hafiz menerangkan perancangan kerja-kerja pembinaan court badminton sambil diperhatikan Pengerusi JMB, Ustaz Faisal (bertopi)

Pada 17 dan 18 Julai 2010 yang lalu, telah diadakan Gotong Royong Perdana dikalangan penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) bagi membina sebuah court badminton di RPKI. Program yang diketuai oleh Biro Ekonomi JMB, Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin itu telah dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Beliau merupakan penyumbang utama pembinaan court tersebut dengan sumbangan bernilai RM3,000.00.

Pada hari pertama, seramai lebih kurang 25 orang termasuk wanita telah turut serta dibantu oleh 3 orang pekerja dari Indonesia yang diketuai oleh Wak. Kaum lelaki telah bertungkus lumus membancuh simen manakala kaum wanita membantu bagi menyediakan makanan tengah hari. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

Pada hari kedua, kerja-kerja dibuat oleh sepenuhnya oleh penduduk RPKI apabila 3 orang pekerja yang diupah mempunyai urusan lain. Kerja-kerja tidak dapat disiapkan pada hari tersebut dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari kerana hujan telah turun.

Kerja-kerja berkenaan akan disiapkan oleh Wak dan rakan-rakannya pada hari lain. Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung.














Monday, July 19, 2010

Penguatkuasaan Stiker Kenderaan Mulai 1 Ogos 2010

Sila ambil perhatian,

Dimaklumkan bahawa, bagi mengawal keselamatan dan jumlah kenderaan di dalam kawasan RPKI, bermula pada 1 Ogos 2010 hanya kenderaan yang mempunyai stiker kenderaan RPKI sahaja di benarkan masuk ke dalam kawasan RPKI.

Kepada penduduk RPKI yang memiliki kenderaan tetapi masih belum mempunyai stiker, sila dapatkan stiker tersebut di Pejabat Pengurusan RPKI. Harga stiker kenderaan adalah seperti berikut:

Kereta / Lori : RM30.00 setahun
Motor :
RM10.00 setahun

Stiker kenderaan RPKI mempunyai dua (2) warna seperti berikut:

Kuning : Kenderaan pertama owner / penyewa
(hanya dibenarkan parking di petak parking khas yang disediakan untuk setiap rumah).

Merah : Kenderaan kedua atau lebih owner / penyewa
(hanya dibenarkan parking di sekitar kawasan RPKI selain petak parking khas yang disediakan untuk setiap rumah dengan tidak menghalang lalu lintas).

Semoga berada dalam makluman.

Sekian, Terima Kasih.

Gotong Royong Perdana




Banci Penduduk Dan Perumahan 2010


Dimaklumkan bahawa, kerajaan menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan operasi banci penduduk dan perumahan di Malaysia selama dua (2) bulan bermula pada bulan Julai hingga Ogos 2010.

Sehubungan itu, penduduk RPKI dipohon untuk memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan operasi tersebut.

“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

Sekian, terima kasih.

Pelantikan Semula Syarikat Kawalan Keselamatan

Bermula pada 1 Julai 2010, pihak JMB telah melantik semula syarikat kawalan keselamatan bagi perkhidmatan kawalan keselamatan di RPKI.

Seorang pengawal keselamatan akan bertugas bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan seorang lagi bermula jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi.

Sekian, harap maklum.

Wak Lan Dalam Ingatan


Pada 1 Julai 2010, seorang penduduk RPKI iaitu Encik Roslan bin Jamhari atau lebih dikenali sebagai Wak Lan telah berpindah ke Pulau Pinang kerana bertukar cawangan tempat kerja. Beliau yang dulunya berkhidmat sebagai Pemandu kontrak di ibu pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Bandar Baru Bangi telah mendapat tawaran sebagai Pemandu bertaraf tetap di LLM cawangan Pulau Pinang.

Encik Roslan bin Jamhari merupakan seorang penduduk yang ceria dan aktif di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI. Beliau telah dilantik sebagai Imam 3 merangkap AJK Surau An-Najah, RPKI.

Pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Berikut adalah gambar-gambar beliau sepanjang beliau tinggal di RPKI ini.






Related Posts with Thumbnails