Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Monday, September 27, 2010

Kempen Minggu Bayar 'Maintenance Fee'



Pihak JMB akan mengadakan Kempen Minggu Bayar 'Maintenance Fee' bermula 27 September 2010 hingga 03 Oktober 2010 bertujuan untuk mengutip semaksima mungkin bayaran Maintenance Fee dan Insuran Bangunan yg tertunggak bagi menampung bayaran membaiki 2 buah lif yg rosak yang melibatkan kos sebanyak RM20,100.

Pelbagai program telah diatur sepanjang kempen tersebut antaranya ialah program ziarah ke rumah pembayar ingkar termasuk yang tidak membayar bayaran insuran bangunan dan renovation rumah. Semua ahli JMB RPKI akan turut serta dalam program tersebut yang diatur untuk bertanya khabar sempena bulan Syawal ini dan cuba menyelesaikan masalah yg menjadi punca kelewatan bayaran berkenaan.

Selain itu, kaedah potongan bayaran sewa rumah juga turut diperkenalkan kepada penyewa yang tuan rumahnya merupakan pembayar ingkar. Di dalam kaedah ini, penyewa dikehendaki membayarkan tunggakan tuan rumahnya melalui potongan sebahagian dari jumlah bayaran sewa rumah kepada pihak JMB dan selebihnya baru diserahkan kepada tuan rumah.

Bagi memudahkan pembayaran, pejabat pengurusan akan dibuka selama 7 hari seminggu termasuk hari Ahad sepanjang minggu tersebut. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pejabat akan dibuka bermula jam 9.00 pagi-6.00 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad dibuka jam 9.00 pagi-1.00 petang.

Hadiah Misteri akan diberikan kepada pembayar yang melunaskan semua bayaran sehingga bulan Disember 2010.

Selepas berakhirnya kempen ini pada 3 Oktober 2010, pihak JMB akan mempamerkan maklumat pembayar yang ingkar di Papan Kenyataan RPKI dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thursday, September 16, 2010

Salam Eidul Fitri

Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh warga RPKI yang beragama Islam. Mohon kemaafan Zahir & Batin di atas segala kesilapan sepanjang kami menguruskan pentadbiran RPKI.

Related Posts with Thumbnails