Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Sunday, October 24, 2010

HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor Pada 31 Oktober 2010


HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri SelangorPada 31 Oktober 2010

Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang (datanglah beramai-ramai...)
Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

1.) Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2.) Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3.) Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010
sumber dari:-

Thursday, October 21, 2010

Gotong Royong Membuat Line Court Badminton

Pada 17 Oktober 2010 (Sabtu) yang lalu, pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengadakan program gotong-royong bersama penduduk bagi menyiapkan kerja-kerja akhir pembinaan court badminton RPKI.







Wednesday, October 6, 2010

Kejayaan Kempen

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Kempen Minggu Bayar ‘Maintenance Fee’ pada 27 September hingga 3 Oktober 2010 yang lalu. Alhamdulillah, pihak JMB telah berjaya mengurangkan peratus tunggakan bagi bayaran maintenance fee, cukai tanah dan insuran bangunan sehingga bulan Ogos kepada 11% iaitu bersamaan RM9,770.00.

Daripada 150 unit rumah di RPKI, sebanyak 21 buah rumah atau 14% masih belum menjelaskan bayaran insuran bangunan sebanyak RM70.00 setahun dan 8 buah rumah atau 5% masih belum membayar cukai tanah sebanyak RM7.00 setahun. Semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk dari Illahi untuk menjelaskan hutang-hutang mereka.

Pihak JMB juga telah berjaya menjelaskan tunggakan bayaran insuran bangunan sebanyak RM5,000++ kepada pihak insuran bagi tuntutan kerosakan 2 buah lif di RPKI. InsyaAllah, jika tiada masalah, lif kita akan diperbaiki dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Related Posts with Thumbnails