Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Friday, January 22, 2010

Kelas Pengajian Iqra' dan Al-Quran

Dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) akan mengadakan Kelas Pengajian Iqra' dan Al-Quran khusus untuk kanak-kanak / remaja lelaki dan perempuan yang berumur dari 7 hingga 17 tahun. Butir-butir maklumat adalah seperti berikut:

HARI: Isnin - Khamis (4 hari sahaja)

MASA: Selepas Solat Maghrib (solat maghrib di surau)

TEMPAT: Surau RPKI

YURAN: RM15.00 seorang

TARIKH MULA: 18 Januari 2010 (Isnin)

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-2A) no. h/p 013-350 4781 bagi urusan pendaftaran.

Mari Mengimarahkan Surau


Alhamdulillah, surau RPKI telah mula beroperasi bermula 16 Januari 2010 (Sabtu) hasil dari sumbangan penduduk samada dalam bentuk barangan dan wang yang dikumpul baru-baru.

Sehubungan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput bagi bersama-sama mengimarahkan surau dengan menunaikan solat fardhu berjemaah setiap hari serta menghadiri program-program keagamaan dan kemasyarakatan yang bakal dilaksanakan.

Semoga penduduk RPKI bertambah makmur dan berkat.

"KEKUATAN UMAT ISLAM ADALAH PADA SOLAT BERJEMAAH"

Thursday, January 14, 2010

Gotong-Royong Membina Tempat Wudu' Surau

Pada 10 Januari 2010 (Ahad) telah diadakan program gotong-royong bagi membina tempat wudu' yang dibina bersebelahan dengan Dewan Serbaguna yang sebahagiannya akan dijadikan surau.

Program bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 7.00 malam. Kerja-kerja tidak dapat disiapkan pada hari tersebut akibat kesuntukan masa dan akan disambung kemudian hari.

Disertakan gambar-gambar menarik semasa program.

Meter paip SYABAS

Peralatan yang digunakan

Air oren tajaan Abg Faiz

Sebahagian penduduk RPKI yang sedang buat-buat sibuk

Penggali kubur yang dipanggil dari kubur berdekatan

Engineer, IR Khairul Faizin dan assistant engineernya

Biro Infrastruktur & Kemudahan Asas, Azmal (Orang kuat program)

Hafiz (belakang) dan Razali (Biro Keselamatan)

Biro Agama, Kaunseling & Kebajikan, Ustaz Khairul & Ridzwan

Hasil kerja yang dapat disiapkan pada hari tersebut

Tuesday, January 12, 2010

Waktu Yang Dibenarkan Untuk Kerja-Kerja Renovation


Kepada penduduk / pemilik rumah RPKI

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih (renovation) rumah termasuk pemasangan grill tingkap, pemasangan astro dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN dilakukan pada waktu malam, hari Ahad dan cuti umum. Waktu yang dibenarkan untuk kerja-kerja renovation adalah seperti berikut:

Isnin - Sabtu: 9.00 pagi - 5.00 petang

Peraturan ini dibuat bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman penduduk di RPKI setelah beberapa aduan diterima sebelum ini.

Sekian, harap maklum.

Kebocoran Paip Meter Air SYABAS

Kepada penduduk / pemilik rumah RPKI

Setelah menerima beberapa aduan tentang kebocoran air pada paip meter air, pihak pengurusan telah meminta kontraktor paip memeriksa dan mengatasi masalah tersebut. Selepas pemeriksaan dibuat, didapati terdapat kerosakan pada paip meter air yang dibekalkan oleh SYABAS dan pihak kontraktor telah membawa masalah ini kepada pihak SYABAS.

Sehubungan itu, diminta penduduk / pemilik rumah yang mempunyai nama dalam akaun SYABAS untuk membuat aduan terus kepada pihak SYABAS berkenaan masalah tersebut.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, January 6, 2010

Sumbangan Bagi Mengaktifkan Surau RPKI


Penduduk / Penyewa,
RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN
Jln Kajang Impian 2/7, Tmn Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tuan / Puan,

SUMBANGAN BAGI MENGAKTIFKAN SURAU RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan JMB bercadang untuk menjadikan sebahagian dari Dewan Serbaguna sebagai surau bagi kegunaan penduduk / penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian yang beragama Islam untuk menunaikan solat fardhu berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan.

3. Sehubungan itu, pihak JMB memerlukan sumbangan dari setiap penduduk / penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian dengan kadar minima RM10.00 sebuah rumah untuk membeli peralatan dan keperluan seperti berikut:

3.1 Sejadah;
3.2 Al-Quran dan Surah Yaasin;
3.3 Karpet / Tikar Getah;
3.4 Sound System;
3.5 Lampu dan Kipas;
3.6 Tirai;
3.7 lain-lain.

4. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan sama ada berbentuk barangan atau wang bolehlah berhubung dengan Biro Agama, Kaunseling & Kebajikan iaitu Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-2A) no. h/p 013-350 4781 atau Encik Mohd Ridzwan bin Misran (c-5-22) no. h/p 019-697 9898 sebelum atau pada 8 Januari 2009 (Jumaat). Pihak AJK JMB akan mengadakan kutipan dari rumah ke rumah selepas tarikh akhir sumbangan tersebut bagi memudahkan urusan.

Sumbangan dan keperhatinan daripada pihak tuan / puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
JMB RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN


(USTAZ MOHD FAISAL BIN ABDUL SHAKOR)
Pengerusi JMB

4 Januari 2010
Related Posts with Thumbnails