Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Thursday, February 25, 2010

Program BBQ

Pada 20 Februari 2010 (Sabtu), pihak JMB telah mengadakan program BBQ bagi merapatkan ukhuwah dikalangan ahli JMB dan penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian. Majlis bermula selepas solat isya' kira-kira pukul 9.00 malam di perkarangan pintu masuk RPKI bersebelahan pintu pengawal.

Hasil kutipan RM10.00 seorang, pelbagai menu telah dapat disediakan seperti ayam, kerang, daging, hot dog, buah tembikai, sup ayam dan nasi putih. Chef pada mlm tersebut ialah abg Faiz yang telah menurunkan resepi BBQ keturunan keluarganya yang sukar didapati pada abad ini.

Sementara menunggu makanan siap, hadirin didengarkan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz menerusi CD ceramah yang dipasang.

Program ini diadakan secara sederhana sahaja dengan penglibatan dikalangan ahli-ahli JMB dan beberapa orang penduduk. Insya Allah program BBQ ini akan dibuat secara besar-besaran dengan penglibatan semua penduduk RPKI selepas ini setelah melihat sambutan yang menggalakkan pada program tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar menarik pada program tersebut:

Saudara Bob sedang menghidupkan api dgn menggunakan kuasa kipasan 7 petala langit

Saudara Bob terkejut melihat Wak Lan mampu menghidupkan api dgn hanya meniup tangannya sahaja

Otai BBQ, abg Faiz (tengah) bersama tentera-tentera BBQ nya

Eddie, tekun membakar hot dog

Tuan presiden, ustaz Faisal turut hadir

Antara penduduk yang hadir

Licin

Lepak sementara menunggu makanan siap

Jangan pandang belakang

Friday, February 5, 2010

Perletakan Jawatan AJK JMB

Mesyuarat kali yang kedua Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian pada 30 Januari 2010 telah meluluskan permohonan perletakan jawatan tiga (3) orang AJK JMB RPKI kerana komitmen masing-masing.

Mesyuarat juga memutuskan untuk tidak menggantikan kekosongan tersebut dan mengekalkan bilangan ahli yang sedia ada iaitu seramai sebelas (11) orang termasuk wakil pemaju untuk menganggotai JMB RPKI.

Senarai mereka yang meletak jawatan adalah seperti berikut:

1) Razali bin Abu Hassan
2) Muhammad Masrizal bin Saad
3) Ahmadee bin Mohamed Drabi

Pihak JMB RPKI mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka atas jasa dan khidmat yang telah mereka berikan selama ini.
Related Posts with Thumbnails