Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Sunday, March 21, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M


Pada 6 Mac 2010 (Sabtu), pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M. Majlis diadakan di Surau Rumah Pangsa Kajang Impian dan dihadiri oleh penduduk RPKI dan para jemputan dari AJK JMB Pangsapuri Kajang Impiana serta AJK Persatuan Penduduk Taman Kajang Impian.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pengerusi JMB Rumah Pangsa Kajang Impian, Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor. Kemudian, ahli jemaah beramai-ramai mengalunkan selawat nabi yang diketuai oleh Biro Agama, Kaunseling & Kebajikan, Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin.

Program diteruskan dengan ceramah agama bertajuk Kelahiran Dan Kewafatan Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Ustaz Junaidi bin Abu Hashim, penceramah bebas dari Jabatan Agama Islam Selangor. Ceramah selama 45 minit itu berakhir kira-kira pukul 9.00 malam dan acara diteruskan dengan solat isya' berjemaah.

Selepas itu, mesyuarat dikalangan penduduk RPKI telah diadakan bagi memilih Jawatankuasa Surau RPKI. Acara diakhiri dengan jamuan makan yang telah dimasak secara gotong-royong oleh penduduk RPKI pada petang hari tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar menarik pada program tersebut:

1) Gotong royong memasak:



2) Majlis Sambutan Maulidur Rasul













Tuesday, March 2, 2010

Pertukaran Syarikat Kawalan Keselamatan

Dimaklumkan bahawa kontrak syarikat G GARUDA SECURITY SERVICES SDN BHD bagi perkhidmatan kawalan keselamatan di Rumah Pangsa Kajang Impian telah tamat pada 28 Februari 2009.

Sehubungan itu, bermula pada 2 Mac 2010, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah melantik syarikat kawalan keselamatan yang baru bagi perkhidmatan tersebut iaitu G. T. SECURITY SERVICES SDN BHD dengan harga RM4.00 sejam bagi seorang pengawal keselamatan.

Sebagai makluman, seorang pengawal keselamatan akan ditugaskan pada pukul 7.00 pagi-7.00 malam dan seorang pada 7.00 malam-7.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Jemputan Bagi Menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M

Rujukan : ( 07 ) RPKI/JMB/02/1
Tarikh : 2 Mac 2010


Penduduk / Penyewa
RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN
Jln Kajang Impian 2/7, Tmn Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tuan / Puan,

JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H / 2010M RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M. Sehubungan itu, kami ingin menjemput tuan / puan untuk hadir ke majlis tersebut pada:

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Rumah Pangsa Kajang Impian


3. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

7.30 mlm: Solat Maghrib
8.00 mlm: Selawat Nabi
8.15 mlm: Ceramah: "Kelahiran Dan Kewafatan Rasulullah S.A.W”
Oleh: Ust Junaidi Bin Abu Hashim
Penceramah Bebas
9.00 mlm: Solat Isya’
9.30 mlm: Jamuan

4. Semoga dengan kehadiran tuan / puan akan menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
JMB RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN


(USTAZ MOHD FAISAL BIN ABDUL SHAKOR)
Pengerusi JMB

Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Surau

Rujukan : ( 04 ) RPKI/JMB/02/1
Kepada : Semua Penduduk / Penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian
Tarikh : 26 Februari 2010

MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN BAGI TAHUN 2010-2011

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JMB Rumah Pangsa Kajang Impian akan mengadakan mesyuarat pemilihan bagi memilih Jawatankuasa Surau Rumah Pangsa Kajang Impian bagi tahun 2010-2011 seperti butir-butir berikut:

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam (Selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul)
Tempat : Surau Rumah Pangsa Kajang Impian


3. Sehubungan itu, semua penduduk / penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian adalah dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.




(MOHD FAISAL BIN ABDUL SHAKOR)
Pengerusi JMB

Sumbangan Bagi Menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M

Rujukan : ( 03 ) RPKI/JMB/02/1
Kepada : Semua Penduduk / Penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian
Tarikh : 26 Februari 2010

SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN 1431H

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JMB Rumah Pangsa Kajang Impian akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul seperti butir-butir berikut:

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Rumah Pangsa Kajang Impian

3. Sehubungan itu, pihak JMB memerlukan sumbangan dari setiap penduduk / penyewa Rumah Pangsa Kajang Impian dengan kadar minima RM10.00 sebuah rumah bagi menganjurkan program tersebut.

4. Sebahagian besar hasil sumbangan akan digunakan bagi membeli barang keperluan untuk jamuan makan yang akan dimasak secara gotong royong. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan bolehlah berhubung dengan wakil setiap tingkat seperti berikut:

Tingkat 1: Mohd Fadli (1-11) 013-246 7972
Tingkat 2: Mohd Kasim bin Mohd Yusof (1-02) 017-312 8613
Tingkat 3: Mohammad Faidz bin Arifin (3-27) 010-204 9724
Tingkat 4: Lizam bin Lazim (4-29) 017-273 8687
Tingkat 5: Roslan bin Jamhari (5-16) 013-255 3417

5. Tarikh akhir pemberian sumbangan ialah sebelum atau pada 3 Mac 2010 (Rabu). Pihak JMB akan mengadakan kutipan dari rumah ke rumah bagi memudahkan urusan.

6. Semoga dengan setiap sen yang tuan / puan sumbangkan akan menjadi saham pahala yang berganda-ganda dan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk. Insya'Allah.

Sekian, terima kasih.


(MOHD FAISAL BIN ABDUL SHAKOR)
Pengerusi JMB
Related Posts with Thumbnails