Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Thursday, June 17, 2010

Majlis Cukur Jambul


Membaca selawat beramai-ramai

Ustaz Faisal mencukur rambut

Giliran Haji Mahayuddin mencukur rambut

Menjamu jamuan yang disediakan

Kelihatan Abang Kasim (Bob) dari belakang

Tuan bendahari RPKI yang menikmati makanan dgn sopan santun

Pada 17 Jun 2010 (Khamis) selepas solat isya', buat pertama kalinya Majlis Cukur Jambul diadakan di RPKI iaitu di rumah Encik Roslan (Wak Lan @ Wak Atoz) di tingkat 4 sempena menyambut kelahiran anak lelakinya.

Majlis telah dimulakan dgn ucapan Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor selaku wakil tuan rumah bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu yang hadir. Kemudiannya, beliau yang merupakan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI telah mengetuai bacaan tahlil dan selawat.

Seterusnya, upacara cukur jambul dan belah mulut dijalankan dimana sedikit buah tamar dan air disapukan ke mulut bayi tersebut. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan seperti pulut kuning, rendang daging minang, ayam kari dan lain-lain.

Related Posts with Thumbnails