Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, June 28, 2011

Nombor Parking Baru







Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengecat semula nombor rumah di setiap parking individu yang telah pudar. Semoga iainya dapat memberi manfaat kepada semua penghuni.

Wednesday, March 16, 2011

Ceramah Maulidur Rasul 1432H / 2011M






Pada 4 Mac 2011 (Jumaat) bersamaan 29 Rabiul Awal 1432H, Jawatankuasa Surau An-Najah dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian telah menganjurkan ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul 1432H.

Majlis bermula pada jam 7.30 malam dengan solat Maghrib secara berjemah. Selepas itu, jemaah beramai-ramai berselawat bagi mengingati Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad Noh bin Wan Hamad, guru dari SMA Persekutuan, Kajang yang merupakan penceramah bebas.

Majlis diakhiri dengan solat Isya' berjemaah dan jamuan.

Perletakan Jawatan AJK JMB

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian Kali Kedua pada 26 Februari 2011 telah meluluskan perletakan jawatan AJK Biro Kebersihan, Encik Mohd Hafiz bin Ma'ani atas faktor komitmen. Mesyuarat juga sebulat suara untuk tidak melantik AJK baru bagi menggantikan tempat beliau.

Biro JMB telah dirombak dimana Encik Roslan bin Jamhari telah ditukarkan dari Biro Keselamatan kepada Biro Kebersihan bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Encik Mohd Hafiz.

Gotong Royong Membuat Kon












Pada 15 Februari 2011 yang lalu, pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian dengan bantuan beberapa orang penduduk telah bekerjasama membuat kon yang diperbuat dari simen, tin terpakai dan batang besi.

Atas faktor kewangan yang menghalang, pihak JMB tidak mampu membeli kon yang sedia ada di pasaran. Oleh itu, pihak JMB telah mengambil inisiatif dengan membuat sendiri kon tersebut untuk kegunaan penguatkuasaan sistem parking dan lalu lintas di RPKI.

Edaran Notis Tuntutan Bayaran Maintenance Fee





Pada 23 Disember 2010 yang lalu, pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengedarkan Notis Tuntutan Bayaran Maintenance Fee kepada pembeli yang mempunyai tunggakan bayaran melebihi 6 bulan. Notis ini merupakan amaran terakhir dari pihak JMB sebelum nama mereka diserahkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPKj untuk tindakan selanjutnya.

Pihak JMB akan bertegas dalam kutipan bayaran maintenance fee ini kerana jika berlaku tunggakan yang tinggi, ianya akan menjejaskan perbelanjaan tetap JMB seperti bayaran perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan, perkhidmatan memotong rumput dan lanskap, gaji kerani, maintenance lif, bil elektrik, bil air, peralatan senggaraan bangunan dan lain-lain.

Perletakan Jawatan Naib Pengerusi

Mesyuarat Khas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian Kali Pertama pada 7 Disember 2010 telah meluluskan perletakan jawatan Naib Pengerusi JMB yang dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu iaitu Encik Mohd Kassim bin Mohd Yusof. Mesyuarat sebulat suara melantik Bendahari JMB, Encik Khairul Hafiz bin Solihin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Mesyuarat juga bersetuju melantik bekas Bendahari JMB sesi 2009/2010, Encik Mustaffa Kamal bin Ismail untuk sekali lagi menjalankan tugas sebagai Bendahari bagi menggantikan Encik Khairul Hafiz.

Friday, December 3, 2010

Jawatankuasa JMB Rumah Pangsa Kajang Impian Sesi 2010/2011

Seramai 12 orang termasuk seorang wakil dari pemaju telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian bagi sesi 2010/2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan JMB Kali Pertama pada 27 November 2010 (Sabtu). Senarai ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:

PENGERUSI:
Mohd Faisal bin Abdul Shakor (c-3-16)

NAIB PENGERUSI:
Mohd Kasim bin Mohd Yusof (c-1-02)

SETIAUSAHA:
Mohd Ridzwan bin Misran (c-5-22)

BENDAHARI:
Khairul Hafiz bin Solihin (c-3-2A)

AJK:
1) Azmal bin Abdul Rahman (c-1-20)
2) Mohd Fadzli bin Manshor (c-2-02)
3) Saiful Nizam bin Sahaludin (c-3-12A)
4) Mohd Helmi bin Kamarudin (c-5-02)
5) Mohd Hafiz bin Ma'ani (c-4-10)
6) Roslan bin Jamhari (c-5-16)
7) Mohd Fareeq bin Razali (c-5-25)

WAKIL PEMAJU:
Karrol Tong

Related Posts with Thumbnails