Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Bentuk Tindakan


TINDAKAN TERHADAP PEMBELI YANG ENGGAN BAYAR CAJ

Bermula 1 Januari 2011, pihak JMB akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberi kepada JMB seperti yang terkandung di dalam Akta 663, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 bagi mendapatkan caj penyenggaraan yang tertunggak dari setiap unit rumah. Tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:


1.) TUNGGAKAN 2 BULAN

Nama dan maklumat pembeli akan dipamerkan di Papan Kenyataan Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai Peringatan Awal [Seksyen 14]

2.) NOTIS PERTAMA (TUNGGAKAN 3 BULAN)

Notis Peringatan Pertama akan dikeluarkan dengan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari. Selepas tempoh ini, JMB boleh mengenakan faedah 10% setiap hari kelewatan [Subseksyen 32(1)]

3.) NOTIS KEDUA

Notis Peringatan Kedua akan dikeluarkan dengan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari. Selepas tempoh ini, JMB boleh memulakan prosiding dalam mahkamah [Subseksyen 32(2)]

4.) TUNGGAKAN 6 BULAN

Nama dan maklumat pembeli akan dihantar ke Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk mengeluarkan Waran Penahanan bagi apa-apa Harta Alih kepunyaan pembeli [Seksyen 33]

5.) TINDAKAN PENDAKWAAN OLEH COB

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan juga boleh didenda selanjutnya RM50 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan [Seksyen 34]

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”. (Riwayat Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban)
Related Posts with Thumbnails