Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

JMB



BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) RUMAH PANGSA KAJANG IMPIAN

Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak / Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan.

AKTA

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.

TANGGUNGJAWAB DAN KUASA JMB

1. Mematuhi notis PBT.
2. Menyenggara harta bersama.
3. Mendaftarkan JMB.
4. Menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan.
5. Memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit.
6. Mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan.
7. Menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules).
8. Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa.
9. Menginsuranskan bangunan.
10. Menyediakan dan menyenggara daftar pembeli.
11. Lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SISTEM PENTADBIRAN

Pengerusi

1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan mesyuarat.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
3. Membincangkan semua program dan aktiviti sepanjang tahun.
4. Memastikan semua kegiatan yang dirancangkan dapat dijalankan dengan baik.
5. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Naib Pengerusi

1. Memagku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.
2. Membantu tugas-tugas pengerusi.
3. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Setiausaha

1. Bertanggungjawab secara lansung kepada Presiden dan AJK JMB bagi perlaksanaan, pentadbiran dan penyelerasan kerja-kerja organisasi.
2. Menyediakan sebaran penyata mengenai gerak kerja dan kemajuan JMB bagi Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas serta untuk mana-mana mesyuarat.
3. Memanggil mesyuarat JMB atas arahan Pengerusi atau dengan permintaan 1/3 AJK JMB.
4. Boleh diberi kuasa oleh Pengerusi untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak JMB.
5. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Bendahari

1. Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira JMB.
2. Merupakan pegawai kewangan yang diberikan kuasa menguruskan semua urusan kewangan JMB.
3. Bertanggungjawab membuat apa-apa pembayaran dan pembelian untuk urusan rasmi JMB dan merekodkan semua urusan transaksi kewangan di dalam Buku Rekod Rasmi.
4. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Biro Keselamatan

1. Menyimpan, menyenggara dan menguatkuasakan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa merangkumi aspek keselamatan dan peraturan meletak kenderaan.
2. Menyelia dan menguruskan perkhidmatan kawalan keselamatan.
3. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Biro Kebersihan

1. Menyimpan, menyenggara dan menguatkuasakan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa merangkumi aspek kebersihan dan pembuangan sampah.
2. Menyelia dan menguruskan perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan.
3. Menyelia dan menguruskan perkhidmatan memotong rumput dan lanskap.
4. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Biro Teknikal

1. Menyenaraikan dan menyenggara jenis-jenis harta bersama seperti lif, rumah sampah, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan segala kemudahan dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan.
2. Menyelia dan menguruskan perkhidmatan maintenance electricity.
3. Menyelia dan menguruskan perkhidmatan maintenance lift.
4. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Biro Ekonomi

1. Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuh dan menambah kedudukan kewangan JMB.
2. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program pengurusan ekonomi.
3. Menyelia dan menguruskan sewaan lot kedai dan sewaan dewan.
4. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

Biro Pengaduan & Penerangan

1. Menyenggara suatu daftar yang mengandungi unit syer setiap petak, keluasan lantai, nama dan alamat pembeli (tuan rumah), nama dan alamat peguam cara dan bilangan petak yang tidak didiami (Buat bancian setiap rumah).
2. Bertanggungjawab merancang program berbentuk penerangan.
3. Menjadi pusat pengaduan kepada penduduk dan menyalurkan kepada biro-biro yang berkaitan.
4. Peruntukan bidangkuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.
Related Posts with Thumbnails