Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

RPKI

Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) ialah projek perumahan yang dibina di bawah Sistem Pendaftaran Terbuka Berpusat Rumah Kos Rendah Negeri Selangor. Pemohon yang layak perlu memohon melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (SUK) bagi membeli rumah di bawah sistem tersebut.

RPKI terletak di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Ianya mempunyai 1 blok bangunan kediaman lima (5) tingkat yang berbentuk C dan mengandungi 150 unit rumah. Keluasan setiap unit rumah ialah 672sqft. Mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang baik dan bertaraf pangsapuri seperti tempat permainan, pondok pengawal, kediaman berpagar, 2 buah lif, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, setiap rumah juga telah siap dipasang grill pintu dan lantai tile.

Pemaju Rumah Pangsa ini ialah syarikat Trans Loyal Development Sdn Bhd yang telah membangunkan keseluruhan kawasan Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor. 


Related Posts with Thumbnails