Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Monday, December 21, 2009

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin & Tahlil

Program pertama anjuran Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian iaitu Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin & Tahlil telah diadakan pada 16 Disember 2009 (Rabu) jam 7.00 malam di Ground Floor RPKI. Majlis ini diadakan bagi memberkati RPKI yang mula diduduki sekitar bulan September 2009.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam dimulai dengan solat maghrib dan solat hajat berjemaah yang diimamkan oleh al-fadhil ustaz Khairul Hafiz al-Hafiz (AJK JMB RPKI). Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh pengerusi JMB RPKI iaitu ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor. Selepas itu, majlis suai kenal antara penghuni dan AJK JMB RPKI telah diadakan seterusnya sesi soal jawab ringkas berkenaan perancangan JMB RPKI dan masalah-masalah yang berlaku.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang telah disumbangkan oleh penghuni-penghuni RPKI. Macam-macam ada seperti roti canai, bihun goreng, karipap, kebab dan macam-macam lagi. Maka, amat rugilah sesiapa yang tidak menghadirkan diri pada malam tersebut.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa program dijalankan.

Saudara Bob @ Kasim, Naib Pengerusi JMB RPKI (baju merah) bersama al-fadhil ustaz Khairul Hafiz al-Hafiz

Para hadirin yang khusu' mendengar ucapan dari pengerusi JMB RPKI

Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor, pengerusi JMB RPKI sedang memberikan ucapan

1 comment:

  1. Ramai ustaz tinggal kt Rumah Pangsa ni ek..
    bagus laa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails