Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Sunday, March 21, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M


Pada 6 Mac 2010 (Sabtu), pihak JMB Rumah Pangsa Kajang Impian telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M. Majlis diadakan di Surau Rumah Pangsa Kajang Impian dan dihadiri oleh penduduk RPKI dan para jemputan dari AJK JMB Pangsapuri Kajang Impiana serta AJK Persatuan Penduduk Taman Kajang Impian.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pengerusi JMB Rumah Pangsa Kajang Impian, Ustaz Mohd Faisal bin Abdul Shakor. Kemudian, ahli jemaah beramai-ramai mengalunkan selawat nabi yang diketuai oleh Biro Agama, Kaunseling & Kebajikan, Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin.

Program diteruskan dengan ceramah agama bertajuk Kelahiran Dan Kewafatan Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Ustaz Junaidi bin Abu Hashim, penceramah bebas dari Jabatan Agama Islam Selangor. Ceramah selama 45 minit itu berakhir kira-kira pukul 9.00 malam dan acara diteruskan dengan solat isya' berjemaah.

Selepas itu, mesyuarat dikalangan penduduk RPKI telah diadakan bagi memilih Jawatankuasa Surau RPKI. Acara diakhiri dengan jamuan makan yang telah dimasak secara gotong-royong oleh penduduk RPKI pada petang hari tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar menarik pada program tersebut:

1) Gotong royong memasak:



2) Majlis Sambutan Maulidur Rasul













No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails