Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Ramah Mesra Dan Jalinan Kasih


Pada 10 April 2010 (Sabtu), telah diadakan Majlis Ramah Mesra Dan Jalinan Kasih di Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI). Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI dan Jawatankuasa Surau An-Najah RPKI bertujuan untuk mengikat jalinan silatur rahim di antara semua penduduk RPKI.

Program yang dirancang secara sederhana pada mulanya ini telah bertukar menjadi meriah setelah menerima kehadiran YB Dr. Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi ke majlis tersebut serta mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian. Penduduk RPKI terasa terharu akan kehadiran beliau buat julung kalinya ke Rumah Pangsa Kajang Impian yang baru didiami pada penghujung tahun 2009.

Program bermula dengan aktiviti gotong royong menyediakan bahan-bahan BBQ pada pukul 12.30 tengah hari. Antara aktiviti pada petang tersebut ialah penyediaan bahan-bahan untuk memerap ayam dengan menggunakan resipi spesial abang Faidz dan juga membuat peralatan membakar ayam. Aktiviti gotong-royong tamat lebih kurang pukul 6.30 petang.

Acara disambung selepas solat Isya' dengan aktiviti membakar ayam, kerang, daging lembu, hot dog, daging burger dan tidak ketinggalan daging kambing yang disponsor oleh Wak Lan. Pada pukul 10.00 malam, program bertambah meriah dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YB Dr. Shafie bin Abu Bakar beserta PA beliau dan seorang wakil dari akhbar Sinar Harian.

Majlis yang dipengerusikan Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin telah menjemput Ustaz Faisal bin Abdul Shakor, Pengerusi JMB dan Haji Mahayuddin bin Salleh, Pengerusi Surau An-Najah untuk memberikan ucapan aluan. Selepas itu, YB Dr. Shafie telah dijemput untuk menyampaikan amanat serta pesanan kepada para hadirin seterusnya merasmikan majlis.

Pada malam tersebut, penduduk RPKI telah mendapat berita gembira apabila YB sudi memberi sumbangan bagi membina tapak gelanggang Badminton di RPKI. Semoga banyak aktiviti berfaedah dapat dilaksanakan dengan pembinaan tapak gelanggang tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung.











Aktiviti gotong Royong:




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails