Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, July 20, 2010

Gotong Royong Membina Court Badminton

Bergambar bersama YB Dr. Shafie Abu Bakar

YB turut serta membancuh simen

Ketua Projek, Ustaz Khairul Hafiz menerangkan perancangan kerja-kerja pembinaan court badminton sambil diperhatikan Pengerusi JMB, Ustaz Faisal (bertopi)

Pada 17 dan 18 Julai 2010 yang lalu, telah diadakan Gotong Royong Perdana dikalangan penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) bagi membina sebuah court badminton di RPKI. Program yang diketuai oleh Biro Ekonomi JMB, Ustaz Khairul Hafiz bin Solihin itu telah dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Beliau merupakan penyumbang utama pembinaan court tersebut dengan sumbangan bernilai RM3,000.00.

Pada hari pertama, seramai lebih kurang 25 orang termasuk wanita telah turut serta dibantu oleh 3 orang pekerja dari Indonesia yang diketuai oleh Wak. Kaum lelaki telah bertungkus lumus membancuh simen manakala kaum wanita membantu bagi menyediakan makanan tengah hari. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.

Pada hari kedua, kerja-kerja dibuat oleh sepenuhnya oleh penduduk RPKI apabila 3 orang pekerja yang diupah mempunyai urusan lain. Kerja-kerja tidak dapat disiapkan pada hari tersebut dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari kerana hujan telah turun.

Kerja-kerja berkenaan akan disiapkan oleh Wak dan rakan-rakannya pada hari lain. Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung.














No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails