Blog ini merupakan blog rasmi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kajang Impian sebagai penyampai maklumat kepada penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian berkenaan berita terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan

Tuesday, July 27, 2010

Kejadian Yang Menggemparkan


Pada hari Selasa 27 Julai 2010, penduduk Rumah Pangsa Kajang Impian (RPKI) telah digemparkan dengan satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Dalam kejadian itu, sebahagian lantai Ground Floor RPKI telah retak dan dibanjiri dengan limpahan air.

Kejadian mula disedari kira-kira pukul 5.00 pagi oleh seorang penduduk yang baru pulang dari kerja. Beliau terus menghubungi AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) RPKI untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Pihak JMB telah bertindak segera dengan menutup paip utama dan menghubungi pihak berkuasa serta mengejutkan semua penduduk yang sedang tidur sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak polis telah tiba beberapa minit kemudian diikuti pihak SYABAS, bomba dan wakil pemaju.

Setelah diperiksa, punca kejadian adalah disebabkan oleh kebocoran paip air bawah tanah yang telah mengakibatkan tekanan air yang kuat sehingga memecahkan sebahagian lantai Ground Floor di atasnya. Pihak pemaju telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kerosokan pada hari itu juga.

Ustaz Khairul Hafiz menunjukkan antara kesan kejadian

Tempat keluar limpahan air dari bawah tanah

Keretakan pada tiang 1

Keretakan pada tiang 2

Keretakan pada tiang 3

Penduduk berkumpul beramai-ramai

Kereta bomba

Saudara Bob menerangkan sesuatu kepada pihak bomba

Saudara Bob berbincang dengan pihak pemaju

Lantai yang retak berhampiran tiang

Retak yang jelas kelihatan





Ustaz Khairul Hafiz memberi arahan kepada penduduk

Kontraktor sedang membaiki kerosakan

Membaiki paip yang bocor

Keretakan yang telah ditampal

1 comment:

  1. Ingatkan tanah runtuh kt RPKI.. Cuak gak aku ms mula2 turun pg tu.. Nasib baik cuma paip bocor.. Selamat rumah aku hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails